Pulau Besar Melaka


Pulau Besar Pulau Keramat

Pulau Besar atau lebih dikenali sebagai pulau keramat merupakan antara pulau yang bermisteri di Malaysia. Terdapat banyak mitos dan lagenda yang sering di kait kan oleh pendudk setempat yang ceritanya di turunkan dari generasi ke generasi akan datang melaui percakapan yang tidak dapat dipastikan ke sahihannya. Entri kali ini, admin sendiri telah menjejakkan kaki ke pulau keramat yang terletak tidak jauh dari bandar Melaka (Bandar Hilir) iaitu hanya sejauh 3 batu nautika sahaja bersamaan 5.56KM. Saya pasti tidak ramai orang di semenanjung Malaysia yang tahu keistimewaan pulau ini bahkan penduduk Melaka itu sendiri. Sepanjang saya membesar di Melaka baru kali ini lah diberi kesempatan untuk berkunjung ke sini..huhu What a shame.


Dari jauh, menurut kata-kata orang di sini pulau ini kelihatan seakan-akan orang yang mengandung. Ala-ala tasik Dayang Bunting kat Langkawi gitu. Tapi tak tahu lah anda nampak ke tak..hahah

Bagaimana Hendak Ke Pulau Besar?


Suasana di Jeti Umbai yang sempat saya snap.


Ok, untuk ke Pulau Besar ini terdapat dua cara iaitu, satu menggunakan perkhidmatan feri dan satu lagi ialah dengan menggunakan perkhidmatan bot laju. Kalau anda bercadang untuk ke pulau ini dengan jumlah yang sedikit, perkhidmatan feri mungkin bersesuaian kerana harganya adalah RM15 seorang (*harga 1 Januari 2017) dan anda perlu pergi ke Jeti Anjung Batu. Manakala jika anda datang dengan kumpulan yang ramai, perkhidmatan bot laju adalah lebih bersesuaian. Untuk menaiki bot laju pula anda perlu ke Jeti Umbai dan harga untuk sebuah bot bergantung kepada syarikat bot masing-masing. Di cadangkan supaya anda berhubung dahulu dengan syarikat perkhidmatan bot sebelum bertolak ke sana takut bot penuh dan tanay mengenai harga untuk sebuah bot. Harga boleh di bincang.


Bagi kami, kami telah menggunakan perkhidmatan bot PAK TAM dengan seramai 10 orang untuk sewaan bot pergi balik RM120. Jadi tolak-tolak RM12 seorang oklah tu...cunn


Get ready to take off..haha muka semua excited sebab first time pergi pulau di Melaka, selalu jauh-jauh je..huhu


Kalau anda naik feri anda akan di turun kan di Jeti Pulau Besar, tapi kalau naik bot anda akan di turun kan di persisir pantai. Macam kami, kami di turunkan betul-betul depan medan selera dekat dengan Makan Sultan Al-Arifin.


Papan penerangan di setiap tempat menarik di Pulau.


Ini pula di Makam Sharifah Rodziah


Burung merpati di hadapan Makan Sultan Al-Arifin. Jinak-jinak je tak lari pun. Dikatakan Sultan Al-Arifin ini adalah cucu cicit susur galur yang ke-18 Rasullullah SAW. Jadi kebanyakkan orang ke sini adalah untuk melakukan ziarah makam.


Laluan di sekitar pulau yang agak bersih kerana terjaga


Seterusnya kami ke Muzium Pulau Besar yang terletak berdekatan dengan Jeti Pulau Besar.

Muzium Pulau Besar

Muzium Pulau Besar ini pada pendapat admin sangat bersesuaian di tubuhkan untuk memberi maklumat dengan lebih tepat mengenai mitos dan lagenda mengenai pulau ini. Good Job!. 

Harga Tiket Muzium Pulau Besar

Jika di paparkan di kaunter tiket Pualu Besar ini adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Namun jika anda datang dalam golongan yang besar, pandai-pandai la anda mintak diskaun sikit kang abang kaunter tu..huhu Macam kami, kami dapat harga tiket hanya RM2 untuk seorang.. wuhuu. Dengan cuaca panas di pulau, masuk ke dalam Muzium dengan penghawa dingin merupakan cukup nikmat.. hahah



Peta bangunan Muzium Pulau Besar.


Geografi Pulau Besar. Besar weh pulau ni penat berjalan kalau nak round satu pulau.


Ini pula adalah replika Gua Yunus. Yunus ini juga dikatakan seorang wali Allah yang suka bersendirian di Gua ini.



Tak sangka di Melaka ada lagi laut yang bersih biru macam ni. Selalu berjalan di Pantai Klebang atau Pantai Puteri air die kire ok lah tapi kat siti tak tipu cantikkkk.


Kalau anda boleh lihat nampak tak tiang-tiang warna kuning tu? Haa tu laa tiang TNB untuk membekalkan tenaga elektrik ke pulau ini. Jadi tak perlu risau takda elektrik atau signal telefon. Line dekat sini clear kecuali DiGi hahaha.


Ini pula adalah Jeti Pulau Besar yang dikelilingi air laut yang membiru. Sangat menenangkan.


Cristal Clear Water


Panorama Mode (Xiaomi 3s Prime)


Selain itu, tidak di nafikan juga di pulau ini terdapat beberapa buah resort yang terbengkalai. Resort-resort ini kelihatan terbiar dan tidak digunakan. Kalau anda berjalan di sini di nasihati supaya berteman kerana kawasannya yang agak sunyi. So creepy.



Air Kolam yang tidak terjaga. Ada berani nak masuk? haha


Di pulau ini juga anda dapat lihat bermacam jenis bentuk batu dan tumbuh-tumbuhan.



Trio 


Haa, lupa nak beritahu yang pulau ini susah nak cari peta tempat-tempat untuk di lawati di sini. Admin sudah cuba ke muzium, namun di muzium pun tiada peta mengenai tempat menarik di pulau ini. Mungkin admin tak jumpa. Peta di atas ni admin jumpa di salah sebuah resort yang masih berfungsi dan menerima pelancong di sini. Jadi, sebelum anda datang ke sini boleh lah hadamkan peta di atas ini dahulu. Baru syok teroka pulau :)


Ini pula merupakan satu-satunya masjid yang terdapat di Pulau Besar di mana ianya terletak bersebelahan makam Sultan Al-Arifin


Pastikan anda menutup aurat di kawasan ini ya. Hormat tempat orang, orang akan hormat anda.



Makam Sultan Al-Arifin



Van ini pula akan ambil anda dari Jeti Pulau Besar ke hadapan kawasan Makam. Bayaran di kenakan pula adalah RM2 untuk seorang.



Bot Laju. Best ooooo!!


Berjalan mengelilingi pulau


Time ni, kami minum petang kelaparan. Bawa bekal roti, nasi lemak dan air kotak. Tido kat wakaf ni pun sedap juga dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil dengar deruan air ombak.


Gang yang mengikuti trip kali ini seramai 10 orang.


Hutan yang ala-ala mistik gitu.


Video



Konklusi

Untuk trip kali ini, admin merasakan trip ini sangat berjaya untuk menerokai pulau misteri ini walau pun agak keletihan. Pun begitu masih banyak lagi tempat yang tidak sempat untuk kami lawati seperti Marina Resort yang terletak agak jauh, Batu Belah yang terletak di puncak bukit dan beberapa tempat lagi atas faktor keselamatan. Di nasihati untuk ke tempat ini seelok-eloknya mempunyai orang yang berpengalaman untuk mengelakkan kejadian yang tidak diinigini terjadi. Percakapan juga harus di kawal kerana kita hanya menziarahi tempat orang. Bagi orang Melaka itu sendiri, admin menggalakkan untuk terokai pulau ini. Jadikkan nya sebagai salah satu destinasi wajib untuk di kunjungi para pelancong yang datang ke  Melaka kerana kecantikkan alam semula jadinya. Sekian...

Ulasan

  1. Tak pernah lagi jejak kaki kat pulau ni...macam best je..kene try ni..huhu

    BalasPadam
  2. terima kasih admin atas info yang sangat berguna dan menarik...mungkin kalau ada rezeki ..insyaallah saya akan melancong kesana...

    BalasPadam
  3. saya pernah dduk resort yang dalam gambar ada kolam tu..resort tu dah terbiar ke?dulu pergi masa kecik2 lagi...tapi dulu pergi tenang je..tak tahu sekarang macam mana

    BalasPadam
  4. Salam saya dari johor bahru ,nak pegi pulau besar naik bus dari jb ke terminal bus melaka ke,dari sana macam mana nak pegi pulau besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi ke sentral, pastu bole naik uber ke anjung batu

      Padam
  5. Salam soalan saya begini,saya naiki nus dari terminal larkin ke terminal melaka,dari sana bagaimana nak ke pulau besar ,ada bus ke atau teksi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam, bas ke sana saya x biasa.. maybe boleh ambil teksi atau grab

      Padam
  6. Assalam.Kat pantai situ boleh ke mandi manda

    BalasPadam
  7. nk tanye klau berkhemah kat sana blh ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

hello hai sila komen :)

Catatan Popular