Melancong Ke Jakarta
JAKARTA
Salah satu bandar paling besar, padat dan tersibuk di Asia.
Pada kali ini, family trip kami adalah ke ibu negara Indonesia, Jakarta. Malangnya kali ini Hazim tidak dapat turut serta kerana sibuk sebagai Medical Students. Hanya kami berempat. (4/12/15)
Kami bertolak dari Paradigm Mall pada jam 5.00am untuk dapatkan bas ke Klia2 memandangkan tiket flight kami pada pukul 8.00am. Solat subuh di Klia =)
Sebelum check in semua, break fast dulu and scenery airport waktu pagi tersangatlah cantik.
For your information, this is the farthest I have been besides, Medan, Kuching and Singapore.
Sesampai sahaja kami di tanah jawa, kami tiba di lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta. Lapangan terbang ini ketika kami sampai, masih belum siap sepenuhnya kerana kerja-kerja pengubah-suaian sedang giat di jalankan .
Kami di sambut oleh Pak Andi yang akan membawa kami sepanjang berada di Jakarta. Dalam perajalanan dari airport ke hotel memakan masa lebih kurang 40 minit. Pada pemerhatian saya, lebuh raya di Jakarta lebih kurang sahaja seperti di Malaysia, ada tol dan sistem seakan TouchnGo dan SmartTAG. Tidak banyak perbezaan.
Orang di Jakarta memandu mengamalkan konsep "mengalah dan memaafkan" di mana kereta yang memotong di hadapan akan di beri laluan dan mereka tiada berdendam atau memaki. Melihat jumlah motorsikal yang berada di jalan raya di bandar Jakarta seperti melihat ikan-ikan berenang di sungai terlalu padat tetapi tiada kemalangan besar seperti di Malaysia.
Kenderaan yang mereka pakai kebanyakkannya adalah dari Jepun dan Korea seperti Honda, Suzuki, Hyundai, dan Daihatsu. Proton ada juga tetapi jarang-jarang sekali. Kereta Proton yang di jual di sini jauh lebih murah berbanding di Malaysia.
Di bandar Jakarta tiada sistem pengangkutan moden seperti Lrt, Monorel dan sebagainya. Akan tetapi mereka sedang rancak membangunkan MRT Jakarta. Mereka mempunyai sistem Busway yang mempunyai jalan khusus untuk mengelakkan kemacetan.
Tempat wisata pertama kami di bawa di Jakarta ialah Kota Tua jakarta. Di sini dapat dilihat bangunan peninggalan jajahan Belanda masih terjaga dengan baik. Di sini dapat dilihat pelbagai jenis meriam dan orang yang berlagak seakan patung sebagai tarikan kepada pengunjung. Pada pendapat saya tempat ini memang cantik untuk bergambar.
Selesai di Kota Tua, kami ke Jakarta Pusat ke MONAS atau di kenali sebagai Monumen Nasional Indonesia. Yang menarik mengenai MONAS ini ialah diatas nya terdapat emas tulen seberat 40kg. wowwwww. Dan menara itu boleh di naiki oleh orang ramai.
Kemudian kami di bawa mengelilingi Jakarta Pusat. Bagi pendapat saya Jakarta pusat adalah tempat paling nampak pembangunan modennya di Indonesia. Banyak tugu-tugu dan bangunan yang besar-besar serta ikonik.
Malamnya, kami cuba makan nasi ayam penyet di Indonesia. Nak merasalah juga sama atau tidak macam di Malaysia. Pendapat saya, harga makanan di Jakarta agak mahal dan mungkin ada yang lebih mahal dari Malaysia. Ayam penyet di Malaysia lebih sedap kut.. huhu mungkin sebab telah di sesuaikan dengan citarasa penduduk Malaysia. =P
Di laluan sebelum masuk ke TMI |
Di pintu gerbang Tmi |
Keesokkan harinya kami ke Taman Mini Indonesia. Whoaa such a huge place to visit. Penat nak berjalan dalam taman mini ni. Pastikan korang seorang yang kuat berjalan dan bawak air minuman sebab taman ini agak besar untuk berjalan.
Harga Tiket |
Untuk masuk ke Taman ini anda akan di kenakan bayaran di pintu masuk yang di kira ikut kepala serta harga bagi setiap kenderaan.
Di dalam taman ini anda akan dibawa untuk melihat ke indahan seni bina rumah-rumah hampir setiap etnik dan kawasan di Indonesia. Di taman ini juga ada perkhidmatan kereta kabel, kereta api di Istana Anak-anak Indonesia, monorail? (saya tidak pasti namanya apa), dan banyak lagi. Senang cerita tempat ini memang wajib untuk anda kunjungi jika ke JAKARTA. Seolah-olah keseluruhan Indonesia ada di sini. Tapi ada sesetengah tempat anda perlu bayar lagi untuk masuk seperti Istana Anak-anak Indonesia, kereta kabel, malah anda dapat melihat biawak komodo di sini.
Jalan-jalan tetiba jumpa Pump Rod hahaha.. study2 |
Istana Anak2 Indonesia |
Di kawasan perkampungan Bali. Memang macam bali betul dan sangat cantik. Saya recommence kan kena singgah di sini untuk bergambar. Selain bali, Jawa tengah pun cantik juga.
Kemudian kami singgah pula ke Masjid Istiqlal. Wah, besar betul masjid ni. Masjid ini dikatakan terbesar di Asia Tenggara.
J |
Seterusnya mengenai shopping. Boleh di katakan Jakarta merupakan tempat yang sesuai untuk bershopping. Jalan sedikit sahaja ada gedung lain, depan sedikit gedung lain pula dan kebanyakkan gedung membeli-belah mereka agak besar. Dan perlu di inggatkan ikut bajet anda untuk pergi ke gedung yang mana, ada gedung yang menawarkan barangan branded ada yang biasa-biasa sama seperti di Malaysia. Terpulang kepada anda untuk sekadar mencuci mata atau untuk di bawa pulang. Sekian sahaja coretan pada kali ini, Jakarta yukkk...
Ulasan
Catat Ulasan
hello hai sila komen :)