Hiking Di Melaka?

BUKIT BERUANG MELAKA

PERNAH TERFIFKIR TEMPAT HIKING DI MELAKA?

Haaaa, entry kali ini admin ingin menceritakan salah satu tempat hiking yang boleh anda kunjungi jika berada di negeri Melaka. Pastinya anda tertanya-tanya, kat Melaka ni ada temoat hiking ke? Haa admin pun sebenarnya tidak tahu menahu pun kat Melaka ni masih ada tempat untuk kita hiking bukit sebab setahu admin kebanyakkan bukit di Melaka ni sudah habis di gondol untuk di buat taman perumahan.

Image result for cute bear

KAT MANA BUKIT BERUANG NI?

Bukit Beruang atau di kenali sebagai Beruang Hill ni terletak hanya bersebelahan dengan kawasan menghala ke MITC dengan MBMB depan Melaka Mall tu. Mula-mula admin pun tersesat nak ke sini sebab tertipu dengan Beruang Hill Resort. hehehe
Masuk je kawasan hotel tu rasa pelik sebab kenapa macam tak nampak pun trek hiking dan mana semua orang. kikiki Then, bila tengok waze ternyata salah tempat. Hahaha. Nasib baik ada waze. So korang nanti waze la ehh hiking bukit beruang dan bukan nya beruang hill hotel atau resort yee. heheh. Kawasan hiking bukit Beruang ni boleh dikatakan agak tersorok sikit dan kebanyakkan yang mendaki ke sini adalah orang-orang di kawasan perumahan di kaki bukit itu sendiri.


Kalau ikutkan map kat atas ni, Beruang Hill Resort dekat je dengan Starting point warna hijau tu. So, jangan tersilap yee. Hehehe

Di sebelah nya terdapat markas tentera dan SK Bukit Beruang. Di puncak bukit pula anda akan sampai ke Menara Telekom (GOAL). Trek di Bukit Beruang ni tidak lah seperti bukit-bukit yang lain kerana ianya sudah di tar dan boleh di daki dengan mudah. Tapi jangan sangka terlalu mudah. Hehehe, walaupun anda nampak otai-otai yang ramai mendaki namun mereka mungkin lebih kuat dari anda sebab mungkin sudah menjadi rutin harian mereka untuk exercise di sini setiap hari.

Trek di Bukit Beruang ini boleh di katakan agak curam di tengah-tengah perjalanan. Di nasihatkan anda supaya tidak berlari pada permulaan trek takut terpancit di tenggah jalan. Huhuhu. Admin tersilap langkah sebab acah-acah lari awal-awal tuptup pancit. kikiki.

Haa, lupa nak ingat kan dekat anda semua yang dekat sini memang banyak monyet. Nenek monyet, atuk, pakcik makcik semua keturunan dia ade kat sini. Hehehe asalkan anda tidak kacau mereka, monyet ni tak kacau anda. Pssst tak nampak pulak beruang kat sini. Bila dah sampat kat atas ada satu port memang nampak pemandangan bandar Melaka sampai ke laut. Perghh memang cantik beb.
Pepepun meh layan video admin kat bawah ni. Jom subscribe. Tq



Ulasan

  1. Selalu lalu je sini tak tahu pulak ada port nak hiking. Thanks for sharing.

    BalasPadam

Catat Ulasan

hello hai sila komen :)

Catatan Popular