Sea Games 2017 Kuala Lumpur

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Pada 19 Ogos yang lepas, admin berkesempatan untuk pergi ke upaca pembukaan rasmi Sea Games Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil. Admin dah book tiket awal-awal dulu masa tiket untuk opening ceremonies ni dah di release kan. Harga agak berpatutan iaitu hanya RM20 seorang. 

Pagi nak pembukaan tu admin naik bas dari Melaka Sentral terus ke TBS. Mula-mula cadang nak naik kereta since rasa macam lagi senang nak sampai ke sana. Tapi bila KJ dah cakap yang kenderaan persendirian tak boleh nak masuk ke stadium so admin pun naik la bas. Admin memang dah rancang lame dah nak pegi event yang besar macam ni since yang last dulu negara kita buat pun sukan Komanwel masa tu admin kecik lagi. huhuhu

So naik  train tu better pakai kad touch n go laa lagi cepat dan tak perlu nak beratur panjang. Reload siap-siap. Bila sampai je kat stesyen LRT Bukit Jalil wow lain sungguh dengan aura baru dia.. dan orang punya la ramai.

Sepanjang jalan nak ke stadium SNBJ ada orang jual-jual makanan kat food truck. Kat dalam stadium tak boleh nak bawa masuk makanan so korang kena penuh kan perut siap-siap. Tapi saya pun bila kat dalam stadium dah pukul 9 macam tu dah lapar dah. huhu makanan dah la xtak jual dalam stadium. Tapi ada baik nya die orang buat macam tu, sebab lepas habis opening ceremonies malam tu.. stadium nampak bersih je. Tak ada sampah pun.

Ini kali ke dua saya datang ke event besar macam ni. My first time datang sukma Melaka dulu. But this time more megah laa sebab international kann. So jom layan gamba-gamba yang saya sempat snap hari tu.

Sampai di TBS

Orang punya la ramai, ni baru pukul 4 pm. Masuk pukul 6

Laluan ke SNBJ

Rakyat Thailand sungguh supportive

World Class Facilities, semua baharu


Axiata Arena

Time ni x ramai lagi, tunggu malam sikit ramai

Lampu LED yang di gunakan kat setiap tempat duduk

Tiket online

Skrin LED nice n clear

Time ni dah ramai

Cantikkan LED tu


Time ni semua orang nak bukak lampu led phone memasing



Time balik agak sesak, tapi terkawal.

Ingat nak pergi closing ceremonies tapi kat kampung time tu.. huhu walau bagaimanapun SEA games opening sangat meriah time tu lagi-lagi bila anda berada di stadium. Good job Malaysia...  

Ulasan

Catatan Popular