Melaka Airport?

LAPANGAN TERBANG BATU BERENDAM
MELAKA INTERNATIONAL AIRPORT


Pasti anda tertanya-tanya, Melaka ada airport tak? Dan tidak mustahil penduduk Melaka itu sendiri pun tidak tahu Melaka ada lapangan terbang atau pun tidak. Sebenarnya Melaka telah lama mempunyai lapangan terbang di mana kali terakhir di naik taraf pada tahun 2009. Tapi airport ini hampir tidak dengar khabar mengenai kewujudannya. Mungkin sebab kurangnya penerbangan pesawat komersial di lapangan terbang ini. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam hanya 8km dari pusat Bandaraya Melaka. Nama lapanagan terbang ini juga turut di kenali sebagai "Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka"

PESAWAT APA YANG BEROPERASI DI MELAKA?

Terdapat dua pesawat yang masih beroperasi di lapangan terbang ini iaitu Malindo Air (Malaysia) dan ExpressAir (Indo). Pada awal operasi lapangan terbang ini turut ada pesawat Firefly (Malaysia) namun mungkin atas faktor kurang sambutan, operasi Firefly di tamatkan. Malindo air juga sebelum ini emmpunyai penerbangan ke Kelantan, akan tetapi kekurangan penumpang dari Kelantan ke Melaka menyebabkan laluan itu terpaksa di hentikan.

Buat masa ini laluan bagi Malindo air ialah :

MELAKA - PULAU PINANG dan MELAKA - PEKAN BARU

Laluan bagi ExpressAir pula ialah :

MELAKA - PEKAN BARU

Kebanayakkan penumpang dari Pekan Baru ke Melaka adalah di sebabkan mereka ingin mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital-hospital swasta yang terdapat di negeri ini antaranya :
Putra Specialist Hospital dan Mahkota Medical Center.


Gambar keadaan laluan sekitar lapangan terbang


Di hadapan pintu masuk ke terminal lapangan terbang. Turut kelihatan ada sebuah bas dari Mahkota Medical Center menunggu pesakit yang akan tiba dari Pekan Baru untuk terus ke hospital.



Keadaan dalam terminal yang agak sunyi tetapi nyaman dan tenang. Di dalam terminal terdapat kaunter pertanyaan, kaunter pesawat komersal, ruang menunggu, dan cafe.

Contoh jadual perjalanan Malindo air di Melaka:

Harga tiket kebiasaanya dari Melaka ke Pulau Pinang untuk sehala ialah RM 168. Harga tiket Melaka ke Pekan Baru ialah RM 152 sehala.


Ulasan

Catatan Popular