Konvokesyen Ke-88 UiTM
KONVOKESYEN
Alhamdulillah, syukur pada Allah swt. Akhir nya pada 12 April 2018 tamat sudah satu episode kehidupan saya di UiTM Shah Alam sebagai pelajar degree. Kini saya bergelar alumni UiTM yeayyyy.
*Sebenarnya post ini saya dah terlewat nak menulis sebab saya dah pun mendapat pekerjaan tetap di bandaraya Kuala Lumpur. Tapi takpa lah nak cerita sedikit macam mana konvokesyen dekat UiTM Shah Alam ni supaya dapat membantu pengunjung blog saya ni jika ada yang dah nak konvo tu..hehe
Masa saya konvo ni, saya perlu mengambil jubah konvo dalam masa seminggu sebelum tarikh konvo. So, boleh laa korang kalau nak bergambar dulu acah2 preconvo gitu. Saya punya sidang konvo sesi petang. So nak bagi tahu korang yang lepas je masjlis konvo pada hari tu, jubah dah boleh terus di pulang kan. Ada denda perhari jika lewat pulangkan jubah. Jadi bagi mereka yang bercadang ambil gambar family bersama tu, sebaiknya ambil gambar awal-awal sebelum hari konvo tu.
Nanti hari konvo tu semua dah selesai senang cerita. Dekat bawah DATC tu pun sebenarnya banyak juga booth ambil gambar di sediakan. Cuma, masalahnya ialah harga dia yang agak mahal sikit laa.Tapi tu la, kalau nak keluar dari gampus nak pergi studio lagi hummm jalan jem, parking pun payah jadi saya punya gambar studio ambil je pakej kat booth tu. Sebab tu saya sarankan kalau nak ambil gambar sebaiknya ambil sebelum hari konvo tu. Bab parking pulak banyak space kat uitm ni sebenarnya tapi di sebabkan ramai jawabnya memang penuh laa huhu.. Saya dan family pun jalan jauh jugak la nak ke DATC tu. Setakat tu je kut nak share. kalau ada apa-apa jangan malu2 tanya admin yee...Pepe pun layan gambar dulu... Chauuuu
Ok guys thank you for visiting my blog.
Ulasan
Catat Ulasan
hello hai sila komen :)