Trip ke Kota Kinabalu 2018

Cerita kami di Kota Kinabalu

Dah lama tiada trip keluarga sebenarnya, lagi-lagi bila masing-masing dah besar dan bekerjaya.. huhu tapi alhamdulillah dapat juga keluarga kami trip ke KK. Dengan jejak nya kaki di bumi Sabah, maka lengkap laa kami jelajah satu Malaysia. Yahooo haha.

Jadi trip kami ke KK ini pada 26 October ke 29 oktober 2018. Kejap je dapat 4 hari pun jadilah. Ini pun my first time naik ERL dari Kl Sentral ke KLIA2 syok jugak eh..



Dak Hazim dengan beg baru dia lorat nauu


Mom n dad, belakang tu tandas pula hahaha.


Ni gambar sebelum masuk flight ke KK.


AirAsia je bohh, tiket murah


Sampai di KK dah malam so, Cek Mok memang suka tidur hehe



Sampai di KK kami ambil Grab dan stay di Marina Court. Dia kira apartment laa ada dapur, mesin basuh, dan bilik pun banyak. Gambar atas ini baru keluar dari apartment nak pergi cari makan.


Ini pula makanan orang-orang Sabah, mula-mula kami cari Nasi Lemak tapi dia kata da habis yang ada nasi kuning ni je. Tak ingat pula apa nama dia haishh. Tapi yang pasti nasi ni ada rasa macam nasi lemak sikit-sikit maybe sebba di balut dengan daun pisang dan di makan dengan lauk ikan tu. Dekat semenanjung tiada ini.


Cek Mok dan Abah di depan Marina Court.


Our first destination adalah ke jambatan Temparuli. Jambatan dia biasa-biasa je di gunakan untuk pejalan kaki. Dulu-dulu jambatan ini di katakan telah di korbankan seorang perempuan di tiang jambatan ini. Cerita orang dulu-dulu laa...



My Abah tengah gayat masa naik jambatan ini sebab dia berayun. Dia takk pergi pun sampai ke tengah... hahaha gayat katanya


mom


dad


mom & dad


Jalan di Sabah ke Kundasang agak berbukit-bukit. Jadi orang-orang di sini kebanyakkan mereka menggunakan kenderaan 4WD.


Dak Kujim



Bunga-bunga pun segar je sebab cuaca kat dengan gunung dah mula sejuk.








Tak di nafikan Kundasang is mini type of New Zealand. Cantik weh dekat sini. Cuaca sejuk tapi sayang berkabus tak nampak gunung Kinabalu time ni.. Selalunya selepas jam 11.00am je awan dan mula tutup gunung. Jadi kalau nak ambil gambar gunung kena pergi di awal pagi. Time tu memang gunung nampak cantik sangat.


Ni gambar di depan Desa Dairy Farm. Masuk seorang tak silap RM5 perkepala.




Bila sampai di sini tidak sah jika tidak cuba aiskrim ni di Desa Dairy Farm. Dia ada dua perasa cokelat dan susu. Bagi admin suka lagi cokelat sebab yang susu more to rasa yogurt masam-masam macam tu.


Masa dekat kedai di Desa Dairy Farm tu terjumpa pula pelakon ni. Tapi dia macam ermm nak tak nak je layan hahah... buzy kut.. atau admin yang tak famous..hahaha


Heyy kenapa duduk atas meja ishhh


Di masjid untuk solat, nampak pulak view bawah bukit. Cantik sungguh.


Kemudian kami singgah di tempat ikan main geget-geget kaki hehe.


Tapi waktu kami sampai ni dah tutup tapi kami menyelinap untuk masuk juga hahaha


Suka sangat gayanya my Abah kene geget kaki


Banyak ikan dia bukan kecil-kecil pula tu. Kalau gigit jari boleh putus punya saiz.



Makan malam di sebelah gunung Kinabalu. Actually tak nampak pun gunung tu bila esok bangun pagi terus BAMMM nampak gunung ni depan mata. Masya Allah cantik... sejuk je mata memandang. Awan pun belum naik lagi time ni. Suhu malam tu punya la sejuk. Kalah cameron highlands.



Panorama mode




Ni gambar di hadapan National Park.






Lepas dah puas tengok Gunung kami turun semula ke KK dan terus ke Taman Lok Kawi sebab nak sangat tengok orang hutan dan monyet prosbosis hidung panjang tu... hahah lama pun dah macam Langkawi.


Kat sini dia macam zoo Sabah la kut ada haiwan-haiwan gitu.






Time ni harimau tengah mengaum cari kawan agaknya.


Itu dia orang hutan yang di tunggu-tunggu. Nak ke Sepilok jauh sangat haha


En Bulus


Ni pulak monyet hidung panjang tu. Haiwan di tanah Borneo


Di pasar Filipina


Banyak jual mutiara tapi mahal sebenarnya dekat sini. Baik beli di pasar malam dekat-dekat situ juga tapi lagi murah. Better korang tunggu malam. 


Kemudian kami ke Observatory Tower di KK ni. Cantik sunset KK





Malam kita pergi makan seafood di KK since ramai cakap seafood di sini murah.


Kami amik dua ekor lobster nak cuba rasa. Takut mahal wehhh... sekali seumur hidup nak rasa ni.


Macam-macam jenis ikan ada. Ikan kerapu pun kami try. Kat semenanjung dah kira berapa dah ni.




Tu diaa.. tapi tau tak bagi orang Sabah sendiri makan di sini sudah mahal. Tapi bagi kami dah murah dah... sebab makan itu semua anggaran kami rm2++ tapi bila mintak bill makan 5 orang kena rm170 je..like what haaha


Senyum lebar Cek Mok


Masjid Negeri


Next kami ke Muzium Negeri Sabah before nak balik ke Airport


Masuk je sini akan nampak struktur tulang yang besar ni. Kalau nak tahu ini ialah tulang ikan paus. Besar betul macam kapal pula. Tapi mula-mula ingatkan dinosaur kiki.


Ada juga bahagian kepala kena potong. Takut


Struktur dari atas


Dah habis trip kali ni thank you Sabah for the memories. Banyak tempat menarik di Negeri Sabah tapi jauh-jauh ye lah Negeri Sabah ni bukan kecil ye anak-anak. Bila lagi laa nak sampai ke Borneo... Tata


Ulasan

Catatan Popular