Muzium dan Galeri Seni Bank Negara

Museum and Art Gallery Bank Negara Malaysia

17 March 2019 saya berkesempatan ke Muzium Bank Negara yang terletak di Kuala Lumpur ni. Dah lama dah hanjat nak kesini sebenarnya sebab orang cakap muzium ini merupakan antara muzium yang terbaik di Malaysia. Muzium ini berdekatan dengan Bank Negara Malaysia dan KTM Bank Negara. Parking kereta dekat sini adalah *percuma  hehehe.


 Gambar di luaran bangunan Muzium Bank Negara yang nampak modern dan cantik. Kalau korang sampai sini mesi rasa macam wow muzium ke ni sebab nampak macam office pun ada hahaha.



Bergambar dulu dengan sign board Sasana Kijang. By the way bangunan ini juga turut dikenali sebagai Sasana Kijang.


Design tingkap dia, macam diamond kan. Tapi di nasihatkan anda untuk tidak bergambar di bahagian kaunter takut nanti akan di tegur oleh pasukan polis bantuan. Dekat bahagian dalam nak bergambar tidak mengapa kata mereka. huhuhu


Bangunan muzium ini ada 4 tingkat kalau tidak silap. Kami mula-mula sekali jelajah di tingkat 1 ni haa. Sebelum itu, untuk masuk ke muzium ini anda perlu daftar nama anda di kaunter dan serahkan Rm5 sebagai deposit untuk satu kumpulan ye bukan perseorangan. Dit itu akan di berikan kembali bila anda dah selesai melawat muzium. Anda juga "wajib" simpan hang beg anda di loker yang di sediakan dengan memasukkan token duit 50 sen lama yang akan di berikan kepada anda semasa pendaftaran.


Ok jom sambung semula pengembaraan. Dalam bilik ni ada basikal yang anda boleh cuba di mana depan basika tu ada screen yang membuat anda konon-konon mengayuh ke zaman sebelum dui dicipta sehinggalah zaman kini. Tak kayuh video die stop wehhh!!! hahaha ingatkan tipu-tipu je.


Aciehhhhhhh!!! Kayuh bang jangan tak kayuh


Ni contoh gambar pengembaraan yang anda akan lalui. Screen die melengkung.


Kemudian saya ke Galeri Ekonomi. Aaaaaaaaa jommm



Muzium ni banyak informasi interaktif dia. Contohnya untuk tengok laluan perdagangan perlu letakkan kapal di atas peta baru ada jalan cerita di paparkan di screen.


Ni contoh dia.


Korang tau tak, zaman dulu-dulu dah ada cek untuk memudahkan bawa wang yang banyak.


Evolusi sistem tulisan nombor dari dahulu sehinggalah terjadinya nobor yang kita gunakan masa kini.



Kalau lapar tengah hari, di sini ada juga di sediakan kafe. Cantik kafe dia harga makanan pun ok la. 


Logo muzium negara. Kijang kataya tapi kenapa ekor kijang panjang?



Sign Gabenor Muhammad Ibrahim hanya menggunakan pen BIG je kawan-kawan huhuhu ingtakan pakai pen mahal ke.



Kemudian sambung ke tingkat di atas muzium. Di tingkat atas terdapat banyak galeri lukisan di sini. Cantik-cantik dan kemas je art gallery dia.


Model hari ini.. kuikuikui


Duit lama


Dekat sini anda boleh tau jenis-jenis coin dan tahun bila negara mana ianya di buat.


Sultan Muhammad Haziq V. Kikikiki


Tangga ikonik dia. Memang tempat ini boleh dikatakan tempat ambil gambar yang superb2. Insta famous suka laa 



Zupppppp!!!


Haa menarik mengenai gambar ini. Ini adalah terowong sejuta. Kat dalam terowong ini ada sejuta duit betul weh. Die orang buat wallpaper je...


Tengok ni



Kalau nak pergi solat jangan risau. Surau dia punya laa first class cantik bersih. Nak sembahyang pun tenang je.


Ok, habis dan bahagian Muzium Negara. Nanti sambung pulak bahagian Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di next entry. tata titi tutu readers...
















Ulasan

Catat Ulasan

hello hai sila komen :)

Catatan Popular