3D MUSEUM MELAKA : The Shore 3D Interactive Park

3D MUSEUM MELAKA

The Shore 3D Interactive Park

Bagi anda yang tercari-cari tempat yang menarik untuk di bawa anak-anak sewaktu berkunjung ke Negeri Melaka, boleh lah mencuba museum interaktif 3D yang terletak di dalam bangunan The Shore bersebelahan dengan Sungai Melaka ini. Bagi pendapat saya muzium ini agak mudah untuk pergi kerana terletak di tengah-tengah bandar dan senang untuk parkir kereta anda.

Harga tiket muzium 3D Melaka ?

Harga tiket untuk ke muzium 3D ini adalah sebanyak RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak.

Tidak dinafikan walaupun harganya agak mahal bagi yang berkeluarga ramai, tapi kawasan didalam muzim ini agak luas degan pelbagai zon interaktif serta terdapat rumah hantu.

Berikut adalah antara gamba pengalaman admin di sana bersama sepupu =)










Yang di bawah ini antara zon interaktif yang pengunjung dapat berinteraksi secara langsung.








UV effect pun ada.. tiba-tiba je suasana jadi gelap dan dilimpahi lampu uv untuk menimbulkan lukisan-lukisan  yang tersembunyi. Menarik bukan?

Ada juga effect 3D yang memerlukan kita untuk memakai spec mata 3d biru merah tu, akan tetapi bagi admin effect dia seakan-akan tidak berapa menjadi. Konklusi kekurangan yang admin boleh cakap ialah mengenai effect 3d cermin mata 3d dan harganya yang agak mahal tetapi itulah harga yang perlu di bayar untuk muzium 3D yang lain yang terdapat di negeri Melaka ni. No choice huhu. Namun berbaloi agaknya dengan keluasan dan kepelbagaian interaktif di muzium ini sekian... 


Ulasan

Catat Ulasan

hello hai sila komen :)

Catatan Popular