TASIK BERA
TASIK BERA
Baru-baru ini admin berkesempatan untuk berkunjung ke salah sebuah tasik di negeri Pahang iaitu Tasik Bera. Sebenarnya admin dalam perjalanan ke Rompin dari Temerloh, alang-alang tu singgah laa sebentar dekat tasik ini. Macam rugi pula bila tak singgah sebab sudah nampak signboard.. hahaha
Tasik Bera merupakan sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang, Malaysia. Tasik ini terletak di pelana banjaran gunung utama dan timur di Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber Sungai Pahang. Waktu admin sampai di sini, mula-mula anda perlu mendaftarkan nama di pondok pengawal sebelum hendak masuk ke kawasan tasik. Perjalanan dari pondok pengawal ke jeti tasik adalah sejauh 4 kilo meter. Jalan pun baru tar selorong dua hala dan agak berbukit-bukit tapi smooth jangan risau hihi.
Mengikut kata pengawal di situ, pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Tasik Bera ini, antaranya ialah perkhemahan, memancing, berkayak dan sebagainya. Pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di chalet yang disediakan dengan harga berpatutan. Akan tetapi waktu ini chalet akan di lancar kan semula pada tahun hadapan ni (2018). Mungkin ada improvise la kut. Bagi mereka yang mencintai alam sekitar, Tasik Bera merupakan pilihan yang terbaik.
Bawah, gambar admin sewaktu dekat sana. Enjoy.
Waktu admin sampai ni, musim hujan... nasib hujan renyai-renyai time ni.. so nyaman je suasana die... =)
Thats all for now, thanks guys for visiting my blog. Please subscribe for my blog yaa
haiii
BalasPadam