Muzium Stadthuy's

Tempat Menarik Di Melaka


Bangunan Stadhuy's ini sejarahnya adalah bangunan peninggalan jajahan Belanda ke atas Melaka suatu ketika dahulu. Pada ketika dahulu ianya di gunakan sebagai bangunan pentadbiran mereka di Melaka. Bangunan ini di asalnya berwarna "putih" namun di warnakan "merah" untuk melambangkan identiti belanda itu sendiri. Dibina pada tahun 1650.


Muzium di perkarangan bangunan Stadthuy's antaranya ialah Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksaman Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium yang Di-Pertua Negeri,Muzium demokrasi dan Muzium Pendidikan.

Tiket masuk ke Muzium ini tidak lah mahal dan dikira berbaloi kerana kawasannya yang agak luas dan meliputi beberapa buah muzium.

Tiket

Harga Tiketnya ialah:
Dewasa warganegara ialah RM5
Dewasa bukan warganegara ialah RM10
Kanak-kanak warganegara RM2
Kanak-kanak bukan warganegara RM4 (harga pada tahun 2016)

Manakala waktu beroperasi muzium di sini pula ialah dari pukul 9.00am sehinggalah pukul 5.30pm.
Dinasihatkan anda untuk datang awal sebelum pukul 5.00pm kerana tempat ini agak besar dan 1 jam tidak memadai untuk melawat keseluruhan muzium.

My moments:
Di hadapan pintu masuk kompleks muzium
Rakan yang menemani saya pada hari tersebut Shamil dan Zulaika ;)
Pelan Muzium
Keadaan di dalam sebaik memasuki muzium
Artifak tembikar
Pameran tembikar
Setiap pameran akan di sertakan keterangan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris
Untuk penerangan multimedia anda boleh mng'scan' qr code ini
Pameran secara keseluruhannya
Senajata keris
Ini lah bentuk meriam zaman dulu-dulu berserta peluru meriam
Zaman penjajahan

Banyak lokasi bergambar dalam muzium ni
Hubungan Malaysia-China
Kota Melaka sewaktu penjajahan
Cheng Ho
Statue

Menarik mengenai ukiran ini ianya berbentuk 3D, pada katil baba dan nyonya

KONKLUSI

Kesimpulan yang admin boleh katakan ialah, muzium ini merupakan salah sebuah destinasi wajib yang pengunjung harus pergi. Boleh di ibaratkan lah sebagai tak sah berkunjung ke Melaka kalau tidak pernah jejak ke sini... huhu

Ulasan

Catat Ulasan

hello hai sila komen :)

Catatan Popular