Percutian ke Universal Studios Singapore
Pada dasarnya, percutian ku ke Singapura tidak di rancang .. kami pergi x plan sangat ... just pergi macam tu sahaja seramai 6 orang ... kalau anda semua hendak tahu, ini lah first time aku jejakkan kaki di "Temasik" ini nama lama bagi Singapura. Dan nasib kami baik bila kawan saya ini ada makcik yang tinggal di Singapura .. jadi, tempat tinggal dan makan di taja .. wuhuuuu..
"mungkin ada perubahan pada tempat kerana saya menulis blog ini ketika saya pergi pada bulan Januari 2015"
sebarang pertanyaan bolehlah di lakukan di ruangan komen .. tq :)
_________________________________________________________________________________
USS ini mempunyai keluasan lebih kurang 20 hektar, dan ianya adalah yang pertama di Asia Tenggara. Tidak sah rasanya kalau berkunjung ke Singapura kalau tidak ke sini. USS ini terletaknya di Pulau Sentosa dan boleh ke sana dengan menaiki monorail.
Kalau pergi ke USS ini, ianya terbahagi kepada beberapa seksyen antaranya New York, Hollywood, Sci-Fi, Ancient Egypt, The Lost World, dan Far-far Away...
Masa mula-mula masuk pintu gerbang USS ini korang akan sampai kepada zone Hollywood dan New york dahulu sebab tempat dia bersebelahan... Saya mulakan perjalanan dari kanan ke kiri...
Cadangan saya kalau nak ke sini, seeloknya datang pada hari warga Singapura dan Malaysia berkerja sebab time itu tidak ramai orang, so, beratur pun tidak panjang dan tidak crowded.
Satu "tips" dari saya, eloklah kalau menempah tiket secara online dan tempah melalui agent. Masa saya pergi dahulu saya tempah online melalui "Asia Travel" dan saya dapati ianya lebih murah dari warga singapura sendiri membeli di kaunter .. siap dapat baucar makan $5 dollar dan baucar membeli cenderamata $5 dollar .. haa best kann?
My Moments:
22/JANUARI/2015
|
Wajib ambil gambar di Globe ni..hiks |
|
Mula2 masuk..di zone Hollywood |
|
Ride yang ni pun best..sungguh kanak2..haha |
|
tadaaa.. |
|
ehemm... |
|
Depan pintu masuk Far-Far Away...cantik sangat..macam dalam fantasy.. |
|
Rumah si Shrek...haha |
|
Beratur Transformer ride...ni dekat sejam beratur...ramai jugak orang |
|
Konon-konon di Newyork..kahkah XD |
Dekat sini, banyak tempat menarik untuk bergambar sebenarnya...malas nak masukkan semua..hehe
|
zone Ancient Egypt |
Masa kami pergi tu battlestar galactica roller coaster tu tutup..hummm so dekat Ancient Egypt ni la rasanya roller coaster ride paling best sampai kami naik dua kali...dah la gelap x nampak apa2 tapi besttt sangat..muahahh
|
Somewhere zone The Lost World |
Okayyyy... cukup sampai sini dulu..senang cakap anda harus pergi sendiri untuk rasainya..memang tiket agak mahal sikit bagai kita yang kecil nilai wangnya..tapi untuk sekali dalam hidup untuk merasai x salah kut...huhu...
Ulasan
Catat Ulasan
hello hai sila komen :)