Sungai Chiling
A few weeks a go, saya dan teman-teman bercadang nak ke sungai Chiling. Di Kuala Kubu Bharu Selangor jalan menghala ke Fraser Hill. Dan kami memilih tarikh hari Malaysia untuk ke sana... :)
Biasalah hari cuti memang ramailah jawabnya orang ke sana masa kami pergi tu. Kami bertolak dari Shah Alam pada jam 9.00am dan sampai ke sana dalam jam 10.15am. Tidaklah jauh sangat.
Sampai di sana, anda akan di kenakan bayaran sebanyak rm1 bagi setiap orang dan bayaran untuk makanan yang dibawa. Tujuan mereka mengenakan bayaran untuk setiap pek makanan adalah untuk menjaga kebersihan di sepanjang sungai tersebut dan anda perlu menunjukkan setiap pek makanan yang telah dibawa semasa pulang untuk mendapatkan semula wang anda. Kiranya macam depositla ye.
Tandas yang di sediakan hanyalah di bawah berdekatan dengan kaunter. Surau juga turut di sediakan.
Bagi golongan warga emas, anda di nasihati untuk hanya mandi di kawasan bawah kerana perjalanan agak jauh dan mencabar untuk di daki sehingga ke air terjun.
Sebenarnya saya tidak menjangka perjalanan agak jauh untuk mendaki sehingga ke air terjun. Kami berjalan agak laju untuk ke sana dan masa saya dan rakan-rakan adalah lebih kurang 1 jam untuk ke sana.
Masa kami pergi hari tu kawasan agak ramai dengan orang dan anda perlu merentas sungai untuk beberapa kali. #PERHATIAN beg yang anda bawa mungkin akan basah. Pastikan anda membawa beg yang kalis air atau masukkan barangan elektronik anda ke dalam beg plastik.
Batu-batu di dalam sungai sewaktu merentas agak licin, anda mungkin perlu membawa kasut dan selipar.
Kedinginan air memang amat menyegarkan dan sungguh sejuk. Anda juga mungkin akan di datangi oleh sekumpulan ikan-ikan yang akan menghampiri anda. psttt mereka suka makan roti..hehe
Sebelum petang kami pun bertolak untuk pulang dan tunjukkan semula pek makanan untuk dapatkan semula wang deposit.
Dalam perjalan singgah dahulu di empangan untuk bergambar. End of trip.
Ulasan
Catat Ulasan
hello hai sila komen :)