Trip ke Kemaman Supply Base

Kemaman Supply Base KSB, Terenganu, Malaysia.

12~14/SEPTEMBER/2015

Okay sambungan dari last post hari itu saya ada cerita sedikit pasal trip ini..kannn??

So ini adalah sambungannya. Trip pergi pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin.. yeay dapat skip kelas pada hari Isnin..hahah

#sebenarnya ini trip kedua saya pergi ke Halliburton, sebelum ini pernah pergi dengan trip classmate =P
Total pelajar yang pergi termasuk lecture tak silap saya adalah seramai 31 orang dan kami menaiki bas yang di sediakan oleh pihak UiTM shah alam.

Pelajar terdiri daripada mereka yang mengambil course Oil & Gas dari part 3 sehinggalah ke part 6. Boleh di katakan trip ini menyebabkan hubungan saya dengan budak part 6 semakin rapat.. dapat lah berkenalan sedikit.. huhuh


Tujuan utama trip ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai equipment yang digunakan dalam operasi minyak dan gas. Dua syarikat yang kami pegi untuk tri kali ini ialah Halliburton dan Baker Huges. Dua-dua terletak di KSB.

Day 1 itu bertolak dalam pukul 2.++pm la jugak dan sampai dalam lingkungan pukul 8.50 macam itu. Kami menginap di homestay dan sampai-sampai kami membersihkan diri dan makan dan kemudian tidur.. Kumpul tenaga untuk hari esok. Malam itu kami tidur di bilik yang ada aircond.. haha pilih awal-awal dari budak lain-lain. Punya lah sejuk tidur malam itu mengigil-gigil sebab tak nak tutup aircond..



Day 2 semua bangun pagi dalam pukul 7.10am dan bersiap-siap sebelum bertolak ke KSB. Perjalanan tidak lah jauh sangat dan sampai dalam masa kurang dari sejam. Di Halliburton kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar barang-barang mereka. Di sebabkan saya sudah pernah pergi ke sini dahulu, so agak busan sedikit, hiks. Benda yang sama.

Next after penat di kilang Halliburton kami ke Kuala Terengganu untuk ke pasar Payang. pun second trip ke sini. Anyways, driver bas kami memang best.

Before that singgah di Mesra Mall untuk lunch (saya makan Pizza dengan mantoi) dan untuk solat. Di Pasar Payang, tidak tahu nak beli apa, gerai pun banyak yang hendak tutup. Then saya garb t-shirt 'senyum sokmo' terengganu sehelai and beli serunding. Duit pun tidak ada sebenarnya..huhu.. nak berjimat. Lepas puas satu pasar merayau, gigih la cuba menaiki Bukit Puteri yang terletak berhadapan dengan Pasar Payang. such a nice place to view teluk di Kuala Terengganu. Tapi malangnya Bukit Puteri tutup pula. Apa-apa pun sempat juga lah snap beberapa keping gambar, just for memory.




MrKujik
Sampai di homestay sudah malam kemudian tidur sahaja lepas makan malam dan spent time berbual dengan lecture iringan Sir Irfan.

Day 3, lawatan ke Baker Huges. Sangkaan dapat habis cepat tetapi punyalah lama di sini dengan penerangan yang begitu details, dah macam masuk lecture hall dah.. haha. Tapi apa-apa pun aku dah dapat makan nasi ayam dua bungkus. haha. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam tu, driver bas singgah di beberapa buah gerai yang menjual keropk lekor. Sedapnya makan. Boleh di katakan duduk di Terengganu ini ashik makan sahaja. Bahagianya.

I think that's all..hehe tq guys for the trip. =)

Ulasan

Catatan Popular