"Pameran Dunia Yang Hilang"
Baru-baru ini sebuah pameran yang menarik mengenai fosil-fosil kehidupan prasejarah dan batuan meteor telah di adakan di Muzium DMDI, (Dunia Melayu Dunia Islam) bangunan berhampiran tembok A'famosa berhadapan Dataran Pahlawan. Pameran ini berlangsung sekrang sehingga di jadualkan berakhir pada 26 Febuari ini. Di katakan terdapat lebih 150 fosil dan batuan meteor di pamerkan di sini termasuklah pameran ikan dan tumbuhan yang berusia dalam lingkuan 300 juta tahun dahulu dan menariknya ini adalah kali pertama pameran seumpamanya di adakan di Melaka.
Admin juga berkesempatan laa juga unutkk tengok sendiri apa yang terdapat di pameran ini.. So cekedauttt..
WAKTU OPERASI
Waktu operasi adalah dari jam 9 pagi sehingga jam 7 malam untuk hari bekerja, manakala Sabtu dan Ahad jam 9 pagi sehingga 9 malam. Dibuka setiap hari yeee...
BAYARAN TIKET
Upss pameran ini bukan percuma..hahah Bayaran yang di kenakan adalah RM 15 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak. *Time admin pergi masa tu ada tanya pasal tiket untuk student, tapi macam takda je.. So bodek-bodek siket akak kaunter tu dapat laa price kanak-kanak..huhu
|
Nampak tak bangunan sebelah kiri tu...haa dekat situ lah pameran ini berlangsung |
|
Ini adalah fosil telur yang dikatakan berusia jutaan tahun. |
|
Fosil tulang manusia |
Boleh dikatakan hampir keseluruhan fosil-fosil yang di pamerkan di sini adalah real... hampir 90% asli dan hanya 10% replika, boleh dikatakan begitu lah.
|
Keadaan di dalam bahagian pameran. |
|
Ini pula contoh fosil ikan. |
Paling banyak dipamerkan di dalam pameran ini adalah menenai fosil hidupan laut. Iyalah laut kan besar jadi, banyak penemuan bekisarkan kehidupan laut. Malangnya species dinasour di Malaysia ni masih belum di jumpai.
|
Yang ini..humm tak ingat dah nama dia..hahah |
|
Di katakan ini adalah fosil manusia dahulu kala. |
|
Ini adalah contoh fosil beruang |
MAIN ATTRACTION
Ok.. Nak cerita kan, tarikan utama di sini ialah batuan meteor yang agak besar ini. Admin sempat bersembang dengan seorang pekerja di sini, dan dia mengatakan batu meteor ini tealh di bawakan dari Arab Saudi. Dan berat batu ini adalah seberat 3 tan...perghh padu. Diceritakan batu ini pada asalnya adalah seberat 1 tan dan lama ke lamaan beratnya makin bertambah sehinggalah seberat 3 tan. Sebab berat batu ini bertambah dia bercerita batu ini menyerap ion ion yang berada di sekeliling dia. Menarik juga mengenai batu ini ialah apabila seseorang itu menyentuh batu ini, anda dapat menyalakan sebiji mentol..haaa ala-ala magician gitu. Kalau tidak percaya, anda boleh cuba sendiri nanti. Admin dah try dan betul-betul menjadi..haha :D Mereka cakap lagi, kalau berjalan mengelilingi batu ini akan memberi aura positif dan penyakit-penyakit kecil boleh hilang dengan izin Allah.
|
Berat beb batu ni.. Nak curi pun x daye..haha |
KESIMPULAN
So, kesimpulan yang boleh admin bagi ialah, bagi korang yang peminat-peminat fosil, dinosaur kehidupan purba dan batuan meteor, ini merupakan salah satu acara wajib yang korang patut pergi. Bukan selalu tau kat Malaysia ni nak ada pameran-pameran sebegini. Bagi pihak penganjur pula, admin sarankan kalau boleh kurangkan lagi harga tiket agar lebih ramai orang boleh berkunjung ke sini untuk menimba ilmu alam kehidupan. Sampai di situ saja...cauuuuu
Ulasan
Catat Ulasan
hello hai sila komen :)