Porto Historia
TARIKAN TERBARU DI MELAKA
PORTO HISTORIA
Post kali ini admin telah pergi ke Porto Historia. Apa yang menarik dekat sini? Haa kejap lagi admin akan cerita. Tapi mula-mula admin nak bagi tahu macam mana nak ke sini?
Kedudukan tempat ini senang je... Betul-betul dekat tepi jalan sebelah highway jalan baru nak ke bandar hilir tu. Kalau anda dapat lihat bangunan ni baru di bina dan menggunakan seni bina lama seperti yang anda selalu lihat di kebanyakkan kedai di Jonker Walk. Tapi di sini yang istimewanya hanya pada waktu malam di hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Di sebabkan kawasan ini agak baru, kebanyakkan kedai masih kosong dan tidak di buka. Akan tetapi, pada waktu malam kawasan ini di katakan agak meriah dengan pelbagai jualan-jualan seperti pasar malam. Di sini ada dijual makanan, baju-baju, produk kecantikkan, barangan bundle dan pelbagai lagi.
Apa yang menariknya di sini adalah susasana di sini yang cantik di waktu malam apabila di sekeliling bangunan di hiasi lampu-lampu di tingkap bangunan. Boleh di katakan port bergambar juga laa.
Tetapi di sini juga ada sebuah kafe yang telah di buka di penjuru kedai di sini.
Permukaan jalan di sini menggunakan batu-batu yang disusun.
Ini Umar, my cousin.
Barangan perhiasan pun banyak tau.
Ini pula antara barangan bundle yang di jual di sini.
Warong Kopi Lima, antara kafe yang telah beroperasi di Porto Historia ini. Tapi admin tak sempat pula nak cuba makanan di sini. hehe..
KONKLUSI
Apa yang dapat di sumpulkan ialah, bagi admin tempat ini sangat tenang dan menarik dengan suasananya yang terang dengan lampu-lampu serta tidak terlalu padat. Sesuai untuk anda yang ingin jalan-jalan secara santai dann tidak terburu-buru. Itu sahaja untuk entry kali ini. Tengs
# PORTO HISTORIA
# MENARIK DI MELAKA
# TERBARU DI MELAKA
# PASAR MALAM MELAKA
Ulasan
Catat Ulasan
hello hai sila komen :)