Masjid Cina Melaka

MASJID CINA NEGERI MELAKA

Haa..kali ni admin nak cerita kan sedikit mengenai Masjid Cina ni. Admin rasa dah lama dah masjid ni dibina tapi tak pernah sampai pun..huhu Sampai dekat sini pun sebab baru balik dari KL nak ke rumah, on the way balik tu dekat traffic light tesco cheng tu... Nak di jadi kan cerita temperature kancil tetiba naik plak... Panas sampai nak penuh... takut die berasap, admin pun kona la ke kiri masuk highway AMJ... 

Dengan mata sekejap-sekejap tengok meter temperature admin pun terpandang laa sign board tertulis "Masjid Cina Negeri Melaka". Tanpa berfikir panjang..haha admin pun terus laa masuk ke sini.

CARA HENDAK KE MASJID CINA

Ok.. Masjid Cina ni terletak agak terlindung juga sebab kedudukan nya yang agak dalam dari lebuh raya AMJ. Laluannya sangat mudah kalau korang follow signboard die... Kalau nampak simpang ke Stadium Hang Jebat di Krubong tu...haa masuk laa simpang di traffic light tu... Kemudian terus je sampai hujung jalan. Kedudukan masjid ni ada di sebelah kiri. Masuk je simpang dah nampak pintu gerbang masjid ini dengan seni bina cina. Di sebabkan kita tidak berapa familiar dengan design seperti ini, jangan sangka ini tokong yaa...huhu 

SENI BINA MASJID CINA

Masjid ini ada dua menara di kiri dan kanan nya. Bentuk menara ini pula di bina seperti "pagoda" dengan berlapis-lapis tinggi. Di tengah-tengahnya pula adalah dewan solat jemaah yang agak luas. Masjid ini mampu memuatkan sehingga 2000 jemaah pada satu-satu masa iaitu seramai 1200 orang untuk ruang solat dalaman dan 800 orang di bahagian luar berbumbung. Suasana masjid ini sanggat damai dan menenangkan dengan seni bina berciri kan cina ini. 

Masjid ini menggunakan pengudaraan semula jadi "tidak berair-conditioning" dan di lengkapi pengawal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Di samping itu masjid ini juga mempunyai vending machines air dan 4 buah wakaf untuk beristirehat.


Menara Masjid di sebelah kiri


Tandas masjid yang superb bersih. Siap ada shower tau..
Sederet dengan laluan tandas ini juga ada pejabat surau serta kaunter zakat, jadi bagi mereka yang ingin membayar zakat boleh lah berkunjung ke sini.
Ruang solat luar.

Pokok buluh mini

Ruang solat dalaman


Upss..hikhik

Pintu utama masjid

Pintu gerbang masjid

Pondok wakaf

KONKLUSI

Apa yang admin dapat simpulkan, masjid ini sangat menarik untuk di promosikan kepada pelancong juga kepada penganut bukan beragama Islam untuk pergi ke masjid, secara tidak langsung mereka dapat mengenali Islam dengan lebih dekat. Dan bagi yang belum pernah ke masjid ini, jika berkunjung ke Melaka sudi-sudi lah mengimarahkan masjid ini..PeAcE.. 


“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menuaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. at-Taubah:18)

Ulasan

Catat Ulasan

hello hai sila komen :)

Catatan Popular